Tips penjagaan kecantikan kulit wajah


Assalamualaikum

Hari ni tetiba Sya nak sharing tips penjagaan kecantikan kulit wajah. Just a few tips. Banyak-banyak kang you ollss bukan ada masa pun kan. Haha. So, diharapkan tips ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Berdasarkan pembacaan, so Sya pun nak share apa Sya tahu.

 Tips penjagaan kecantikan kulit wajah:




1. Cuci wajah dengan betul

Kita memang kena cuci muka dengan pencuci muka setiap hari. Cuci muka ni wajib tau. Mencuci muka ni memang asas la dalam penjagaan kulit wajah. Bayangkan kita tak cuci muka selepas terdedah dengan habuk dan kotoran setiap hari, cepat je jerawat tumbuh kan. Hehe.

Cuci wajah pun kena betul. Boleh gunakan tips Sya ni. Amalkan mencuci muka dengan air suam setiap hari untuk membuka liang-liang roma. Barulah muka dapat dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Bilas dengan air sejuk untuk menutup balik liang-liang roma.



2. Minum minuman dan makanan tinggi anti oksidan

Teh hijau merupakan antioksidan yang bagus. Mengambil minuman atau makanan yang tinggi antioksidan dapat menghalang pertumbuhan jerawat dan ini bermaksud kulit wajah kita akan bebas jerawat! Wah suka ke tak? Hehe. Minum teh hijau ni merupakan amalan orang Korea dan Jepun, no wonder la kulit mereka licin dan cantik! Kalau sesapa yang begitu meminati k-pop tu, cubalah minum teh hijau ni. Nanti mesti muka jadi ala-ala k-pop. Kikiki.

Haa kalau rasa malas nak ambil minuman atau makanan, boleh ambil supplement. Produk Shaklee yang tinggi antioksidan ialah Vita-E Complex dan Vita-C. Senang sahaja. Just ambil sebiji setiap hari.



3. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak

Air masak memang sangat penting. Kalau kurang minum air, wajah kita akan kelihatan lesu, penat dan kulit pun kering. Minum air sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Hehe.



4. Ambil suplemen tambahan

Sya syorkan Set KecantikanShaklee. Dalam Set Kecantikan ni, ada B-Complex, Vita-C Plus dan Vita-E Complex. Bila ambil vitamin-vitamin ni, dapat membuatkan wajah kita berseri, tak lesu, kulit pun cerah, bersih dan licin.


So, lepas ni jangan malas-malas nak cuci muka and tanggalkan sisa-sisa make-up tu. Barulah kulit mampu bernafas dan tak cepat kedut-kedut bila dah tua nanti. Hehe. 



No comments:

Post a Comment