Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN




Assalamualaikum.


Hai semua! Tahu kan pelajar-pelajar ijazah yang membuat pinjaman PTPTN boleh menukarkan pinjaman kepada biasiswa. Tapi dengan syaratlah, ijazah kelas pertama sahaja yang layak. So, for those yang tak buat lagi tu and suka lengah-lengah kenalah cepat-cepat. Setahu Sya, permohonan untuk pengecualian bayaran balik ni mesti dibuat dalam tempoh setahun selepas tarikh convocation. 



Macam mana nak apply pengecualian bayaran balik ni?

1. Layari laman web PTPTN untuk semak syarat-syarat kelayakan. 

Atau boleh tengok bawah ni. Sya dah print screen. Hihi.




2. Lepas dah tengok syarat-syarat dan confident memang layak, sila layari link ni, 

Then, lepas tu boleh download borang pengecualian bayaran balik ni. Click borang yang no. 4 tu.
Borang Akuan Pelajar Bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pembiayaan. 



3. Bila dah download borang, boleh print and isi. Memang kena apply manual. Hihi. Setakat ni tak
ada lagi permohonan secara online. Dokumen lampiran compulsory yang memang kena ada;

a) Salinan Transkrip peperiksaan 
b) Salinan Ijazah Kelas Pertama 
c) Surat Pengesahan Ijazah Kelas Pertama (Jika Ijazah tidak tercatat KELAS PERTAMA)

** Semua dokumen di atas perlu dapatkan pengesahan pihak universiti masing-masing. Harus pengesahan universiti induk. Contohnya, macam Sya belajar di UiTM Kampus Pahang tapi waktu nak dapatkan pengesahan, Sya pergi UiTM Shah Alam. 



4. Okay, bila borang dah siap diisi lengkap dengan dokumen lampiran semua, boleh terus pos ke
alamat di bawah ni;

Pejabat PTPTN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur


So, lepas dah selamat hantar, boleh tunggu respon daripada pihak PTPTN. Sya tanya kawan Sya,
lama juga baru beliau dapat surat daripada PTPTN. Sya pula tak sampai dua bulan rasanya dah dapat surat. Permohonan diluluskan and kena tunggu enam bulan. Sekiranya dalam tempoh enam bulan
tiada surat minta bayaran balik, maknanya permohonan kita memang sudah diluluskan. Hihi. 

Sekiranya ada kemuskilan, boleh terus hubungi Hotline PTPTN, 03 2080 4455







4 comments: